FROM MY HEART
Blog Owner : hayati/norhayati

  anak kesayangan bonda

kurindui sepanjang zaman kehidupanku

, MUHAMMAD IZZUDIN ASYRAFI BIN MOHD ASRI

 

22
March 2010 Monday @ 2:08:09 am
FINALLY I GOT THAT

sejak aku berjaya mendaptkan biassiswa KPm utk melanjut pelajaran ke peringkat masters alu tk punya byk masa utk serve ruangan losong ini, namum malam ini mebawa sejarah tersendiri bila aku mula merinduinya.
temuduga yg aku jalani telah berjaya aku dapatkan dan skrg aku sudah berada di Sem ke 2 di UMt, trg. dalam bidang human recources developement.
aku sangat bangga dengan pencapaian ini malah kami juga dinasihatkan supaya memohon lagi pd peringkat Phd nanti dan ditawarkan penempatan yg lebih baik drpd sekolah.
apapun aku sgt gembira
perkara kedua juga telah berlaku dalam hidupku dimana aku telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak hampir 50 kg sejak 7 bulan yg lalu. kerana kesungguhan dan keyakinan yang aku tunjukkan allah telah akbulakn semua keinginan ku selama ini.
aku juga telah bertemu seseorang yang berjaya menundukkan aku selpas 8 tahun hidup sendiri. dia bukan saja seorg lelaki yang cukup sempurna lahir dan batin juga seorang yg aku telah impikan sejak bergalar anak gadis .kami akan melangsung hri bahgia selepas dia selesai dgn tugasnya di Sudan pada awal jan 2011.
pada masa yg sama aku juga telah tinggal sendiri selepas 8 tahun bercerai. memiliki rumah sendiri dgn semua privacynya memberikan aku kepuasan yg tidk terhingga. apapun tahun 2010 adalah tahun2 kerashmatan yg bayk diiringi oleh airmata namun aku gembira dalm kesedihan itu. Syukur ya tuhan.. aku tahu engkau tak pernah lalai mendengar permintaanku..amin.


23
April 2009 Thursday @ 8:26:37 pm
temuduga biasiswa masters

Aku baru saja balik dari temuduga masters yg aku pohon. Harapan agak cerah dengan sokongan penilai, aku amat bersyukur. Apa yg aku hajati sejak 5 tahun yg lalu bakal aku dapat insyaallah.

Anak, apa yang mama lakukan ini hanya untuk anak kesayangan mama ini. Jadilah anak yg berguna kerana kita dilahirkan unutk berjaya dan menjadi hebat, bukan me njadi bahan cercaan beberapa zaman..


31
March 2009 Tuesday @ 10:05:49 am
sikap anak-anak

Anak sudah mula membesar dan agak nakal. Orang lain cuba untuk memberitahukan pada aku bahawa aku sebenarnya gagal mendidik anak dengan baik. Aku terasa dengan kenytaan itu, dimanakah kegagalan itu jika pada usia 7 tahun, sudah hampir separuh mengaji Quran, dapat membaca dengan baik, markahnya juga semua A kecuali sains ( tdk jwb 2 ms ) jika kejayaan itu diadili dengan perkara lain.

Aku bukanlah ingin memuji diri sendiri namun sejak aku melahirkan satu-satunya anak lelaki itu, memang aku sudah melakukan pa yang terdaya. Aku cuba mngisi kekosongan dirinya yang tiada berayah dengan cara tersendiri. Sesuatu hal yang gagal aku uruskan untuk dia hanya itu.. memberikan dia seorang ayah. kerana aku sudah serik .

Anak nakal dis ekolah adalah biasa. Selama mana dia masih mampu bersaing secara sihat debngan kawan-kawannya aku tidak risau. Cuma bila org berkata aku rasa kurang gembira. Kata motivator budak yang bijak biasanya agak nakal. tanpa kenakalan banyak benda yang sepatutnya dia explore tidak mampu dilakukannya kerana takut, segan dan tidak pandai. Oleh itu apa lagi...???

Akhir ya aku berfikir sendiri bahawa orang hanya mahu mencari salah, sebaik manapun yg kita lakukan kelemahan tetap ada. Oleh itu kita tetap gembira...WOW !!!


30
March 2009 Monday @ 1:41:53 pm
Kehidupan manusia

PAda tahun 2009 ni anak sudak mula sekolah. MAsuk tahun 1. Namun kenakalann ya itu makin berganda. Kata org sebab dia tiada bapa, jadi dia tak tau takut pada mak sendiri. Namun pada aku bukan begitu, anak memang akan mencuba apa-apa sahaja untuk menonjolkan dirinya kepada org lain. Mungkin dia merasa dia terhalang dirumah kerana mamanya garang, jadi dia ambik peluang jadi nakal di sekolah. Cikgu nya mungkin baik dan lembut.jadi dia ambik peluang.

Walau apa pun  aku tetap akan membuktikan bahwa sebagai ibu tunggal aku tetap akan berjaya mendidik anak menjadi seorang manusia berguna dan berjaya.

 


08
July 2008 Tuesday @ 1:56:06 pm
JANJI ALLAH ITU BENAR

Aku tidak mahu mengguriskan perasaan orang lain dnegan tindakan yang tidak sejajar dengan prinsip namun tindakan orang lain selalu menajdikan aku sebaliknya.

dihujung usia sebegini sebenarnya amat malu masih marah-marah dan kurang sabar.Namun aku bukanlah malaikat yang sanggup diam bila diumpat secara terang-terangan.

aku percaya suatu hari Allah akan memberikan apa yang terbaik kepadaku...aku percaya itu.

kak na , I miss U always and forever....

never get U how we spend togather before....


My Profile
Name: hayati/norhayati
E-Mail: noorhayati@losong.com