FROM MY HEART
Blog Owner : hayati/norhayati

  anak kesayangan bonda

kurindui sepanjang zaman kehidupanku

, MUHAMMAD IZZUDIN ASYRAFI BIN MOHD ASRI

 

23
April 2006 Sunday @ 5:02:32 am
My Lovely Son,Muhammad Izzudin Asyrafi

 Dalam perjalanan hidup kita terlalu banyak yang perlu kita hadapi dan lalui.Maka berhati-hatilah kerana disamping onak dan ranjau juga terdapat tikus dan cacing yang menemani.

Anakku,
Bukan hanya menjalani hidup ini seadanya kerana dalamnya terkandung banyak rahsia yang kita perlu tahu.Hanya satu saja caranya kita akan menyelami dunia itu iaitu dengan cara mendalami alQuran dan hadis nabi.itulah sabaik-baik panduan yang perlu kita gunakan.

Wahai anak kesayangan bonda,
anakanda adalah harapan utama bonda menjadi jaguh ilmuan sejati yang menolak sebarang bentuk kejahilan dan kemalasan.Anakanda harus menjadi seperti itu kerana anakanda hidup dalam dunia serba sempurna yangtelah mama bina untukmu.Engkau tidak perlu berjuang untuk
makan dan pakai seperti yang telah mama lalui sebelum ini.Kini kita adalah keluarga terpandang yang menjadi contoh dan tauladan,menjadi ketua kepada diri sendiri,,,,oleh itu berhati-hatilah.Kerana kita harus jadi lebih baik dari orang lain yang menilai kita itu.

 

 


My Profile
Name: hayati/norhayati
E-Mail: noorhayati@losong.com