FROM MY HEART
Blog Owner : hayati/norhayati

  anak kesayangan bonda

kurindui sepanjang zaman kehidupanku

, MUHAMMAD IZZUDIN ASYRAFI BIN MOHD ASRI

 

27
May 2006 Saturday @ 6:51:29 am
VOICE FROM MY HEART

1 Mac 2006
   
 Andai kita diberikan pilihan sudah pasti kita semua mahu mendapat yang terbaik dan paling bahagia dalam hidup ini.Namun kekuatan dan ketabahan manusia itu tidak sama oleh itu Allah juga meletakkan penilaian yang berlainan bagi setiap manusia.Andai kita telah ditakdirkan hidup sendiri dan kesunyian itu adalah kerana Allah tahu kita mampu mengatasi rasa kehilangan itu dengan jiwa yang tabah.
      Bagiku yang sudah lali dengan penderitaan dan kesakitan hal sebegini cumalah sebahagian kecil saja luka yang perlu dilupakan.Syukurlah kerana kita masih mampu berdiri tegak sebagai muslim yang patuh pada perintahNya walaupun kita telah melalui kesakitan dan keperitan yang tak terhingga.
      Aku tidak kisah apa orang lain fikir tentang aku.Yang penting aku menjalankan tugasku sebagai ibu yang baik,anak yang taat,kakak yang understanding dan ahli keluarga yang prihatin.Dulu aku merasakan Allah itu tidak kasih padaku sebab itulah telah melahirkan aku dalam keluarga miskin yang besar,yang serba daif dan merempat.Aku merasakan aku tidak dikasihi Allah kerana itulah telah menganugerahkan aku seorang lelaki yang tidak menentu hidupnya dengan segala kesilapan yang berulang-ulang.Tapi akhirnya aku sedar Dia sangat kasih padaku kerana itulah memberikan aku segala ujian ini.Malah ujian yang diberikan memberikan aku peluang lebih banyak beribadat kepadanya .Aku tidak lagi melihat dunia ini dengan sebelah mata ,aku telah melihat segala kerakusan dan ketamakan dalam jiwa manusia.aku menyaksikan segala kehipokritan mereka.aku membina bentang yang kukuh disekeliling diriku supaya tiada siapa yang akan mampu melukakan aku lagi.aku kembali pada keluarga dengan kasih yang melimpah ruah.Barulah aku menikmati sepenuhnya cinta kasih mereka pada diriku.
      Seiringan dengan itu juga usia yang semakin meningkat aku juga semakin sabar dan open minded.Akhirnya aku merasa yang aku sudah sangat kukuh dan terbela suatu perasaan yang tidak pernah aku nikmati sepanjang 6 tahun perkahwinan.Memang aku sudah pasti bahawa tiada lagi perkahwinan kedua bagiku.Itu aku amat pasti.Walaupun apa jua yang dikatakan padaku oleh orang lain itu adalah kerana mereka melihat aku dengan kacamata mereka.kerana pada badan dan wajahku mereka tidak melihat kekuatan yang telah aku bina sejak bertahun yang lalu.Dan sekarang aku sudah mantap dan kuat.Tidak lagi akan melatah dengan sedikit kekalutan...Dan kekuatan itu bukanlah aku dapat dalam masa sebulan tetapi sejak 4 tahun yang lalu...dimana aku mempersiapkan jiwaku untuk bergelar janda dalam usia 30 tahun.Dan aku kini sudah tidak kisah apa yang nak diceritakan tentang aku kerana di atas setiap cerita yang dibuat mereka akan berhadapan dengan 5 orang lelaki yang sentiasa melindungi aku dengan rahmat kasih sayang yang tak bertepi...adik-adik lelakiku yang begitu bertanggungjawab dan prihatin.Syukurlah kerana aku masih memiliki mereka walaupun aku tidak punya keluarga yang sempurna seperti orang lain...
     Aku tidak perlu merasa tersisih hanya kerana aku seorang janda.walaupun masyarakat melihat aku seperti seorang wanita rendah maruahnya namun apabila mereka telah mengenaliku dengan waktu yang lama pasti mereka akan tahu yang aku paling bermaruah daripada semua wanita yang mereka kenali..kadangkala melebihi wanita yang masih bergelar isteri.aku tidak perlu memaklumkan kepada mereka kerana satu hari pasti mereka akan tahu juga.Oleh itu aku merasa
telah berjaya dengan gilang gemilang kerana mereka kalah dalam menilai dan meletakkan harga diriku...
10.25 pagi.
Rabu
(catatan :Puan Maimunah tidak ada )

 

Cita-cita         
Sejak daripada aku kecil cita-citaku selalu berubah.Semasa masih dibangku sekolah aku sangat teringin menjadi polis.Sesuai dengan sifat yang agak ganas aku selalu menakutkan ibu dengan ugutan aku akan jadi inspector polis satu hari nanti.Aku selalu menjadi punca kemarahan ayah, kerana aku degil dan keras kepala.Apabila semakin besar dan aku memahami tuntutan hukum dalam soal berpakaian dan tatasusila aku tidak minat lagi menjadi polis…tapi aku teringin menjadi pekerja pejabat yang berpakaian smart dan kemas.Guru bukanlah cita-cita aku ..tak pernah.Malah aku akan memarahi ayah bila dia mengajuk aku sebagai ustazah..kerana aku bersekolah agama.Tapi hakikatnya tak ada seorang pun ahli keluargaku yang jadi ustaz atau ustazah..walaupun sebahagian besar dari kami bersekolah agama.
            Akhirnya telah tercatat di Luh Mahfuz bahawa rezekiku hanyalah jadi guru cuma.Aku cukup sakit jiwa ..sepanjang berada di maktab aku selalu memberitahu lecturer bahawa aku tak minat langsung jadi cikgu.Aku rasa lecturer pun menyampah dengan aku.Aku menamatkan sijil perguruan dengan kepujian walaupun ramai kawan2 yang gagal mendapatnya.Sebab MPKBPC sangat sukar memberikan markah kepujian kepada pelajarnya.Hanya 17 orang saja yang mendapatnya dan aku dalam senarai itu.
            Bila mengajar disekolah rendah aku kembali sakit jiwa.Sikap guru besar yang tak cukup berbesar hati dan jiwa menjadikan aku semakin pening.Walaupun kerajinan aku selalu mendapat pengiktirafan namun sikap guru veteran yang suka membuli guru muda menyakitkan hati aku.Sebab itulah aku terus saja menyambung pelajaran ke U bila disahkan jawatan.
            Aku ingat orang keluar U semuanya bijak dan lebih memahami.Rupanya lebih banyak kesukaran dan ranjau yang terpaksa aku tempuh.Bukan Cuma sekadar guru-guru kanan tetapi semua kakitangan sekolah …masyaallah sangat menyakitkan hati….bila aku melenting mulalah mereka menuduh aku tension …sebab jadi janda.Semasa bercakap mereka tidak memilih ayat yang nak diperkatakan tetapi bila kita menjawab bukan main lagi mereka naik angin.Tapi sesuatu yang sangat aku senang ialah walaupun aku terkenal sebagi guru yang paling garang… namun pelajar yang pernah aku ajar sangat sukakan aku…kata mereka aku guru yang rugged.Sebab aku boleh buat muka toye dan tak suka banyak kerenah…take it easy beb…Yang sebenarnya aku banyak belajar dari guru lelaki yang sangat sporting dan tak banyak cerewet.Bukan mulut macam mak nenek.
            Tapi buat masa ini pun aku selalu terpikir nak jadi lain dari guru…tapi aku tak nampak jalan yang mudah.Mungkin kalau umur panjang dan kalau ibu sudah tak ada aku boleh berhijrah ke Brunei seperti impian aku dulu.Tapi aku pasti adik-adikku pasti menjadi halangan besar…mereka risau aku diganggu oleh orang walaupun mereka pasti aku pandai menjaga diri..
            Yang paling penting dalam hidup aku sekarang ialah mendapat master dan Phd seblum usiaku 42 tahun.Yang kedua nya aku mampu membawa ibu ke Tanah Suci sebelum usiaku 40 tahun.Yang ketiganya aku mampu hantar anak ke Tahfiz Quran.Menyambung kembali cita-cita yang adikku tak dapat tunaikan.
            Aku telah mempersiapkan segalanya dengan mudah supaya jika ada apa-apa berlaku pada diriku anakku bukanlah satu beban kepada adik-adik.Walaupun aku yakin mereka sangat sayang pada anakku.Aku telah menginsurankan segala hutang piutang supaya mereka tidak perlu membayar apa-apa jika terjadi perkara tidak dingini pada aku.Sejumlah insuran pelajaran telah kusediakan untuk Izzudinku.Sejumlah besar duit telah kuperuntukkan dalam ASB.Duit tunai telah kuserahkan kepada adikku.Aku juga akan menyediakan surat yang menyatakan anak itu telah kuserahkan kepada ahli keluargaku supaya bekas suamiku tidak dapat menuntut anakku jika aku sudah tiada.Aku bukanlah jahat untuk tidak memberikan ruang itu kepada bekas suami namun aku takut dia hancurkan masa depan anakku sebagaimana dia telah menghancurkan masa depannya.Memang masih ada wanita yang mahu mendampingi dia sebagai suami,tapi bagiku itu adalah kerana wanita itu tiada pilihan lain.Menyediakan ruang disekeliling kita untuk menderita….sangat memilukan…oleh itu aku bersedia untuk apa saja…kerana takdir Tuhan kita tak tau.
5Mac 2006

HIdup ini bukan seperti filem yang sentiasa indah dan gemerlapan.Yang ada hanyalah berjuang untuk hidup selesa dan terhormat.

Kita perlu menjadi diri kita sendiri untuk lebih berjaya dalam hidup ini.

catatan 20 April 2006

Hari ini 21 April 2006 genaplah anakku Muhammad Izzudin asyrafi 4 Tahun.Anak yang cantik,kelatah dan bijak menjadi kesayangan keluarga di atas kepetahannya yang mengalahkan kanak-kanak seusianya.

Aku melihat dia hari ini dengan hati yang disiat-siat kerana merasa akan penderitaan dirinya dalam usia yang masih kecil tetapi sebelah dari hidupnya direnggut dari menikmati kasih sayang.Aku kadangkala merasa tidak bersedia untuk menjawab persoalan yang bakal ditanya bila dia semakin besar.Namun aku pasrah,kerana yakin dengan satu perkara saja...Allah bersama orang yang sabar.

22.4.2006

Hari ini aku merasa sedih dan pilu.Tidak tahu mengapa.Tapi dua minggu sebelum aku kemalangan sebulan yang lalu begitulah yang aku rasakan...

Bulan Jun nanti ibu akan operation mata.Yang paling takut adalah aku.Takut lain jangkaan lain pula hasilnya.

23 April 2006

 

 Terlalu ramai penasihat percuma dalam hidup kita.Bila ditimpa malang maka berduyun-duyunlah mereka datang untuk menunjukkan kebijaksanaan mereka pada kita.Padahal hakikatnya bila diri sendiri ditimpa hal yang sama macam dunia ini hampir kiamat.

Aku bukan ego atau angkuh tapi pengalaman hidup yang mengerikan telah memberikan aku kekuatan yang orang lain tak dapat bayangkan.Dalam dunia ini tidakramai manusia wanita yang berani memilih hidup sendiri jika peluang untukberkahwin itu ada.Malah kakakku sendiri juga masih memilih untukmenderita bersama suami dan madunya kerana sangat takut menjadi JANDA seperti aku..Jahat sangatkah title itu dimata masayarakat...Kesunyian,keinginan,keperluan,perlindungan...semuanya adalah sangat kecil,..terlalu kecil...remehbila dibandingkan dengan kematian.....Innamalhaya tinddunya illa laiiba wa lahwu....tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan main-main dan senda gurau...check it out....

SK Merang

Kata orang bila kita sendirian maka syaitan yang akan menemani kita.Tapi bagi aku sendirianlah yang mengajar aku jadi lebih banyak berfikir.
Semalam aku beli buku noody untuk anak aku.Harganya Ya Allah sangat mahal hampir RM2000.00.Tahun lepas aku beli Grolier pun harganya lebih kurang itu juga..Tapi harga dari segi duit bukanlah satu halangan...kerana otak anakku yang sangat cemerlang harus dimaksimakan isiannya supaya jadi orang yang sangat bijak untuk kepentingan Islam dan semesta ini.

Minggu lepas aku dapat tahu lacturer MPKTBR mengata aku sebagai orang bermasalah dan telah menyampaikan hal itu kepada guru besar disini.Aku sangat sedih dan kecewa kerana tahap profesionalisme nya yang sangat rendah.Hari ini aku berjumpa secara peribadi dengan guru besar,dan dia mengiakan berita itu.Namun dia juga mengatakan bahawa dia sudah ada persepsi dia sendiri tentang aku.Yang penting katanya dia sukakan aku.Aku sangat gembira kerana barakah orang yang solat 5 waktu itu sangat besar.Tidak mampu mengundang kemarahan orang walaupun ada pihak yang cuba membuat kita dibenci orang.

Kepada ustazah MPKt yang berjaya memburukkan aku,terima kasih kerana berjaya menjatuhkan harga diri anda sendiri.Harga diri wanita bukan terletak pada suami yang succes atau anak yang ramai tapi atas kejayaan kita sebagai wanita menjaga mulut daripada menjaja cerita keburukan orang lain...dan aku bersyukur kerana teman-teman yang kebanyakannya lelaki banyak mengajar aku tentang bagaimana mengahadapi hidup ini cara mereka..tanpa perlu sakit jiwa...

Usatazah,,,kita akan berjumpa kerana bumi Allah ini sempit saja...akan pasti berjumpa lagi...mungkin selepas aku mendapat PhD dan engkau dimana pada waktu itu?????????????

7 Mei 2006
makmal SK Merang

dunia cuma sementara dan kita cuma singgah sebentar....cuma.
sebantar cuma


27
May 2006 Saturday @ 6:21:57 am
BROKEN IN MY HEART

           Sometimes we always have to make a sacrify for the better goal in the future.I'm always fail upset if i cant do this to my family.In differnt ways we always have a chance to return but i know in many ways we always make too much sacrify to make sure a safe and peace weather in our people.
Most of the people dsnt like to give and take .They always think of themself although its can make the another one in the bad condition.

I have a big family ...with 11 member not includes my mother.After my dad has passed away, I and my brother coming back to our hometown to take care of my lovely mummy...We spend all of our money to make sure she has a good life with us.We build abig house for her, a car, house furniture and all the groceries.We spend about 2 thousand monthly for that.I ddnt give her money anymore coz we must spend a lot of our salary to her and our sister and brother.

But I and my brother always feel a little bad situation if all the members of my family come home.it happen when the school holiday when they brings all their children to spend time with us.And the worst of that they dont want to give any money to us or my mother.how can we get any groceries to all of them without money???If i talk something about that all of them its can break their heart.but before i make that decision they cant think about togather in lucky and unhappy time.

One of them had 8 children and today she brings all of them to me and my mther.She gave me 100 only to buy all things to her children.I dont want to say anything but i very sad about that..how can we use the little money to them...8 of them...

I dont know what to do but i hope Allah will forgive me if a had a mistake in this situation...One important thing is....Think about all of the another  before we think about ourself because we cant make a people to like us with selfish attitude.

 


26
May 2006 Friday @ 12:32:35 pm
My Lovely sister

Katabahan manusia itu tidak sama kerana kekuatan mental mempunyai nisbah yang tidak sama antara seorang manusia dengan yang lain.Menjadi tabah adalah salah satu usaha berterusan yang memerlukan kekuatan dalaman yang sangat kuat.

Aku memiliki seorang kakak yang sangat bijak namun takdir telah menentukan bahawa dia telah tercicir dari universiti kerana keluarga kami terlalu miskin untuk survive.She sacrify her life just to pay our lectric deposit.Just to make sure we have a good life to learn.One day i get her old diary and i want to listed that here how she describe about herself...

16 Sept 1991
Dalam tekaanku orang lain tentu sekali tertanya-tanya bila sahaja aku menangis.Bukankah dari awalnya cerita telah aku beritahu tentang identitiku...Manusia aneh...yang orang lain tentu sekali tidak berjay membuat sebarang perhitungan dan perbincangan?Ada juga bila terlalu banyak berfikir..timbul soalan mengapa dalam seramai -ramai manuisa di dunia ini aku yang terpilih menjadi makhluk asing?Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkautelah tentukan nasibku di dalam sebuah kotak sempit tertutup bertulis THE BORN LOSER...

i cried when i read that statement.born as a not prety enough and has a poor family make her so strong in front of us.But i dont know if she is very suffer when she think about her life.I promise her to get a degree to give it to her...And today i fulfill my promise.And she realy dont know that i love her very much after my parent...She give me all i need   and make me have a big winning and a good career with her spirit.Thanks kak na to be my sister...and to make me like today...love u very much.

 


23
May 2006 Tuesday @ 2:03:04 am
Motivated yourself

 

Motivasikan dirimu

Memotivasikan diri sendiri adalah tugas yang paling sukar kerana ada perkara yang tidak dapat kita buat tapi kita mampu fikirkan dan perkatakan pada orang lain.Keupayaan diri juga berbeza kerana kadang-kadang orang yang kita tangani jauh lebih hebat dari kita tapi meerka memerlukan moral support ,that why they find us to br strong enough to act like we said to.

Menjadi kaunselor adalah tugas yang sangat sukar kerana manusia selepas usia 20 an adalah banyak diwakili oleh mereka yang degil dan tidak mahu menerima nasihat orang lain kerana merasa diri sendiri sudah sangat pandai.Mereka akan kembali mencari nasihat itu bila mereka alami kekecewaan yang besar yang mampu mengubah hidup mereka...totally.


21
May 2006 Sunday @ 3:51:12 am
My Interested

There is  a big opportunity to me to learn how to good in english.But i always fail with my hobby that like to enjoy and relax.I want to have a good weblog fully in english but i know how far i can use this language.
It is not a fault by others if i can use a proper language coz of my attitude that dont want to be smart in class.In my family that my dad cant read and my mum cant speak english how can i like english as a important subject...

And now when i 34 yaers old and have  achild i want to make sure that my son can speak and use a proper english...but i fell guilty if i force him to get a god knowledge and at the same time i cant...so i want to learn so much and can use it all the way to teach my lovely son.. 


16
May 2006 Tuesday @ 5:02:15 am
Time to Wake up, son

 

Ramai pelajar kita yang suka membuang masa sia-sia.Namun bagaimana harus dipersalahkan jika bapa dan ibu mereka juga melakukan hal yang sama setiap hari.

Kita memerahi pelajar kita kerana sering menjadikan aktiviti melepak sebagai agenda harian mereka sedang ibu bapa juga melakaukannya hari-hari,

Kita sangat sedih bila pelajar kita melakukan dosa seprti zina dan rogol namun kita tak sedar para bapa juga ering melakukannya dengan cara yang paling tidak bermaruah.

Kita akan jadi muram bila pelajar kita malas sedangkan bapanya juga bersikap seperti itu.

kita marah bila pelajar kita bergaduh sedangkan bapanya juga mengajarkan benda yang sama dan juga selalu melakukannya bila-bila masa.

so...
Siapa yang patut dipersalahkan.....

Kedamaian itu sudah amat jauh dari kita semua


16
May 2006 Tuesday @ 4:45:13 am
Inteligent Person

 

Ramai orang dalam dunia ini suka menunjukkan kebijaksanaan dirinya kepada orang lain.walaupun kadang kala dia tidak bijak lansung.
telah terbukti bahawa orang yang bijak tidak punya masa yang cukup untuk menjadikan orang lain memandangdirinya,kerana mereka cukup sibuk dengan segala aktiviti untuk menambahkan kebijaksanaannya.Sedang orang yang mahu orang lain memandangnya ebagai bijak itu sudah semestinya tidak sebijak mana kerana mereka punya terlalu banyak masa mahu menjadikan dirinya kelihatan bijak dimata orang lain.
sebagai melayu beragama islam aku sangat sedih melihat senario ini.mungkin juga betul perkataan melayu itu menjadikan bangsa ini cukup lemah dan layu.Kemahiran yang sedikit banyak disalahgunakan untuk tujuan yang salah.Sikap dengki,irihati dan cemburu amat kuat bermaharajalela dalam diri.Dan tiada pula usaha untuk mengurangkan sifat itu dari merebak dalam diri masing-masing....

entahlah...yang penting hidup kita tidak berakhir di sini...kerana di sana kita pasti akan ditanya tentang apa jua yang pernah terlintas difikiran kita.

 


14
May 2006 Sunday @ 5:09:39 am
Be smart

Kebijaksanaan bukanlah satu anugerah yang kita akan dapati tanpa berusaha dan berbuat apa-apa.Kebijaksanaan itu akan didapati hasil dari kerja keras dan kerajinan yang tidak terhingga.Makin bijak seseorang itu maka makin rajinlah dia mencari ilmu dan semakin lemah seseorang itu maka semakin kuranglah minatnya untuk mendalami ilmu.

Kita selalu melihat bagaimana guru memaksa murid yang tidak cerdas untuk membaca...namun guru terpaksa mamaksa murid cerdas dari mengangkat tangan kerana terlalu kerap menjawap...
Untuk menjadi cerdas kita perlu berusaha kerana kebijaksanaan itu dianugerahkan kepada kita melalui arah pandangan mata kita yang memandang.


14
May 2006 Sunday @ 5:01:40 am
Happy Mothers Day,MAMA

Anakku,
Hari ini merupakan hari ibu yang ke 4 bagi mama.Mama amat teruja kerana telah mendapat anakanda sebagai baby boy yang sangat bagus.Sebaik-baik kejadian.Mama berharap dan berdoa semoga kejadian anakanda itu akan berkekalan sampai hayat terakhir kita.Mama amat berharap anakku mampu jadi dai sejati yang memakmurkan bumi Allah ini dengan kalimah suci yang mengajak arah kebenaran dan kejayaan.

Anak,
kadang-kadang mama merasakan bahawa hidup ini amat meletihkan kerana kita semua tidak mampu jadi yang terbaik seperti yang kita ingini.Namun mama bersyukur kerana kita berdua tidak pernah disingkirkan dari kehidupan berkeluarga yang kita idamkan.Kita dilimpahi rahmat kasih sayang berpanjangan...dan mama amat mencintaimu yang merupakan satu-satunya anak sanjunganku.


08
May 2006 Monday @ 12:49:00 am
Mystery of Life

Terlalu banyak misteri dalam hidup ini.Namun masyarakat masih juga suka memahami misteri ....
Masyarakat melayu memang sangat suka dengan misteri.Buatlah apa saja tentang alam misteri pasti mendpat sambutan...Buku,filem atau apa jua.berbanding dengan bangsa lain Melayu paling suka menakutkan diri sendiri...dengan agenda-agenda yang remeh.Namun yang paling penting adalah mereka yang takut dengan hantu ini tidak takut kepada alam misteri lain yang nyata dan benar..akibatnya lahirlah insiden seperti Lubuk Tupah yang menjahanamkan generasi masa depan.

Sangat sedih sekali kerana 10 tahun lagi anakku pasti akan menjadi pelanggan setia dunia cyber ini.Dengan kebolehan dan kemampuan yang dia miliki sekarang sudah pasti sekali bahawa dia akan menjadi hacker utama komputer...usia 4 tahun yang mempelajari komputer melalui pandangan mata cuma...

Aku tidak banyak memberikan galakan kerana dia amat advance dalam pembelajarannya.


My Profile
Name: hayati/norhayati
E-Mail: noorhayati@losong.com