FROM MY HEART
Blog Owner : hayati/norhayati

  anak kesayangan bonda

kurindui sepanjang zaman kehidupanku

, MUHAMMAD IZZUDIN ASYRAFI BIN MOHD ASRI

 

31
March 2009 Tuesday @ 2:05:49 am
sikap anak-anak

Anak sudah mula membesar dan agak nakal. Orang lain cuba untuk memberitahukan pada aku bahawa aku sebenarnya gagal mendidik anak dengan baik. Aku terasa dengan kenytaan itu, dimanakah kegagalan itu jika pada usia 7 tahun, sudah hampir separuh mengaji Quran, dapat membaca dengan baik, markahnya juga semua A kecuali sains ( tdk jwb 2 ms ) jika kejayaan itu diadili dengan perkara lain.

Aku bukanlah ingin memuji diri sendiri namun sejak aku melahirkan satu-satunya anak lelaki itu, memang aku sudah melakukan pa yang terdaya. Aku cuba mngisi kekosongan dirinya yang tiada berayah dengan cara tersendiri. Sesuatu hal yang gagal aku uruskan untuk dia hanya itu.. memberikan dia seorang ayah. kerana aku sudah serik .

Anak nakal dis ekolah adalah biasa. Selama mana dia masih mampu bersaing secara sihat debngan kawan-kawannya aku tidak risau. Cuma bila org berkata aku rasa kurang gembira. Kata motivator budak yang bijak biasanya agak nakal. tanpa kenakalan banyak benda yang sepatutnya dia explore tidak mampu dilakukannya kerana takut, segan dan tidak pandai. Oleh itu apa lagi...???

Akhir ya aku berfikir sendiri bahawa orang hanya mahu mencari salah, sebaik manapun yg kita lakukan kelemahan tetap ada. Oleh itu kita tetap gembira...WOW !!!


30
March 2009 Monday @ 5:41:53 am
Kehidupan manusia

PAda tahun 2009 ni anak sudak mula sekolah. MAsuk tahun 1. Namun kenakalann ya itu makin berganda. Kata org sebab dia tiada bapa, jadi dia tak tau takut pada mak sendiri. Namun pada aku bukan begitu, anak memang akan mencuba apa-apa sahaja untuk menonjolkan dirinya kepada org lain. Mungkin dia merasa dia terhalang dirumah kerana mamanya garang, jadi dia ambik peluang jadi nakal di sekolah. Cikgu nya mungkin baik dan lembut.jadi dia ambik peluang.

Walau apa pun  aku tetap akan membuktikan bahwa sebagai ibu tunggal aku tetap akan berjaya mendidik anak menjadi seorang manusia berguna dan berjaya.

 


My Profile
Name: hayati/norhayati
E-Mail: noorhayati@losong.com